Latar belakang
- Nama beliau sebenarnya Iman Rasu Bin Shahrun dan gelarannya adalahOrang Kaya Iman Indera Gajah Pahang. Beliau adalah salah seorang daripada
pahlawan-pahlawan yang terlibat dalam pemberontakan di negeri Pahang tahun
1893-1895. Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.
Peranan Tok Gajah
- Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman,
Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. - Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya
yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. - Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan
dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata.
KESIMPULAN
Kami amat bersyukur kerana telah berjaya menyelesaikan Blogspot Pengajian Malaysia dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kami dapat memahami lebih dalam tentang peranan ulama-ulama islam dalam perjuangan menuntu kemerdekaan tanah melayu seperti Tok janggut, Mat Kilau, Tok Kenali, Datuk Bahaman dan Tok Gajah.
Ketika menjalankan kajian ini, banyak pengajaran dan nilai yang telah kami pelajari. Hasilnya, kami akan lebih menghargai jasa-jasa dan pengorbanan mereka ke arah menuntut kemerdekaan. Ta,bahan pula kami juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, memupuk semangat patiotisme dan kerjasama antara satu sama lain semasa menjalankan dan menyelesaikan kajian blog ini. Di samping itu, kami dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikam dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Akhir sekali, kajian seperti ini dapat menarik perhatian remaja masa kini untuk menghargai jasa ulama-ulama terdahulu dalam mencapai kemerdekaan. Secara tidak langsung dapat memupuk semangat cinta akan tanah aiar dalam diri.
VIDEO MENGENAI ULAMAK
- HALAQAH JUMAAT PERANAN ULAMA
2.JASA ULAMA -USTAZ AZHAR IDRUS
No comments:
Post a Comment